BM | EN | 中文

Warkah ditulis Anwar penuh hormat dan tertib, dakwaan ancam keselamatan tak berasas – PKR Johor

syed-ibrahim-syed-noh-mp-ledang.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Siasatan keatas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan menghasut, mengancam keselamatan serta ketenteraman negara negara tidak berasas dan menimbulkan persoalan.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tiada elemen hasutan atau desakan seperti yang didakwa dan digambarkan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin.

“Warkah yang ditulis dengan penuh hormat, takzim, tertib, sopan dan rendah diri tersebut tidak menghasut, mengancam atau mendesak.

Advertisement

“Ia berasaskan kepada hujah yang rasional dan objektif bahawa alasan-alasan nasihat Perdana Menteri dalam langkah Pengisytiharan Darurat mempunyai kelemahan ketara dan tidak berasas sama sekali,” kata Syed Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Tambahnya, tiada kenyataan Anwar yang boleh diambil sebagai mencetus ketakutan atau kebimbangan awam dan menghasut melakukan kesalahan atau mengancam ketenteraman awam di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Menurut polis, siasatan dibuat di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia lanjutan laporan polis yang mendakwa Anwar mencabar kuasa Agong seperti yang dinyatakan dalam Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

Menurut Perkara 150 (8), perintah darurat tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.

“Itu benar dinyatakan. Namun apa yang berlaku sekarang ialah rayuan, permohonan ihsan dan kebijaksanaan Agong oleh Anwar Ibrahim, seorang wakil rakyat dan Ketua Pembangkang, di luar mahkamah,” ujarnya lagi.

“Ia tidak berasas kerana tiada elemen hasutan atau desakan seperti yang didakwa dan digambarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin.

Advertisement

Anwar sebelum ini mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ihsan dan kebijaksanaan KDYMM Tuanku untuk membatalkan pengisytiharan darurat dan menitahkan sidang parlimen yang turut disokong lebih 114 orang Ahli Parlimen.

Ujar Syed Ibrahim lagi, tiada kenyataan dari Anwar yang boleh diambil sebagai mencetus ketakutan atau kebimbangan kepada awam dan menghasut melakukan kesalahan atau mengancam ketenteraman awam di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Ia membawa kepada kesimpulan bahawa rasional nasihat Perdana Menteri dalam langkah Pengisytiharan Darurat tersebut adalah sebaliknya bersandarkan hujah bahawa kerajaan ini sangat uzur dan lemah setelah hilang keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat,” kata Syed Ibrahim.

Advertisement

Justeru, ahli parlimen Ledang itu turut mempersoalkan sama ada kerajaan sekarang gagal, hilang majoriti dan tertekan hingga menggunakan saluran undang-undang dan ugutan untuk menekan apa juga bantahan.

“Apakah ada arahan dan campur tangan politik kepada pihak polis dalam siasatan ini?

“Persoalan-persoalan ini perlu dijawab dengan jelas kerana rakyat sedang memerhatikan.

Advertisement

“Jika benar, maka malang bagi negara yang sewajarnya menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top