BM | EN | 中文

Waris mangsa Covid-19 di Selangor boleh mohon bantuan RM1,000 mulai esok

Bangunan-SUK-Selangor-.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 11 JUL: Waris atau ahli keluarga mangsa Covid-19 negeri ini boleh memohon bantuan khairat kematian RM1,000 mulai esok sehingga 12 Ogos depan.

Exco Kesihatan, Dr Siti Mariah Mahmud berkata inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://www.selangorprihatin.com.

“Penyaluran bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat diterima lengkap,” kata Dr Siti Mariah, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau menjelaskan sebanyak 1,500 keluarga bakal menerima manfaat tersebut dengan keseluruhan peruntukan RM1.5 juta.

Syarat permohonan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

Advertisement

2. Pemohon (waris terdekat) dan yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Selangor serta menetap di Selangor atau bermastautin di Selangor lebih 10 tahun

3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian

4. Meninggal dunia di Selangor

Advertisement

5. Meninggal dunia pada 2021 dan ke atas sahaja

6. Terhad satu permohonan bagi satu keluarga

Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan menerusi talian khas 24 jam di 1-800-22-6600.

Advertisement

Pada 9 Jun, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan berkenaan untuk pesakit wabak yang meninggal dunia membabitkan peruntukan RM1.5 juta.

Peruntukan terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu rakyat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top