BM | EN | 中文

Waris Allahyarham Wahida terima bantuan PERKESO

sing-chuang.jpg

Sing Chuang Sharil Nizam Abdul Rahim, Ismail dan adik kepada Allahyarhamah Wahida, Shahida Abdul Rahman.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 FEB: Waris kepada penyanyi Yayasan Warisan Johor (YWJ), Wahida Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada 5 Februari lalu menerima bayaran daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), hari ini.

Pengarah PERKESO negeri, Tong Sing Chuang berkata, setelah disemak, Allahyarham Wahida, 41 merupakan orang berinsurans (OB) yang mana menerima pencen ilat bermula November tahun lepas, sejurus selepas disahkan ilat oleh pihak doktor pada 8 Mei 2019.

“Tetapi OB memilih untuk menggantung sementara permohonan ilat beliau. Namun, mula menamatkan pekerjaannya pada 1 Oktober 2019. Bagaimanapun, selepas beberapa bulan menerima pencen, OB meninggal dunia akibat kanser yang dihadapinya di rumahnya.

Advertisement

“Memandangkan OB merupakan seorang penerima pencet ilat semasa hidup, maka pencen tersebut akan dibayar melalui faedah pencen penakat dan juga faedah pengurusan mayat yang akan dibayar sekali sahaja,” katanya.

Beliau berkata selepas penyerahan bantuan itu yang diadakan di YWJ.

Sing Chuang menyerahkan bantuan itu kepada suami Wahida, Ismail Bahari, 49 dan turut disaksikan Pengarah YWJ, Sharil Nizam Abdul Rahim.

Advertisement

Sing Chuang berkata, kesemua waris Allahyarham termasuk suami dan enam anak mereka menerima kadar pencen bulanan berjumlah RM2119.50.

“Sebelum ini, waris OB telah menerima faedah pengurusn mayat berjumlah RM1,800 dan kadar pencen penakat yang diterima berjumlah RM1,827.15,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top