BM | EN | 中文

Warga terputus bekalan makanan, hilang kerja dan tak dibayar gaji antara dibantu MAINJ – Exco Johor

MAINJ-peruntuk-RM7.9-juta-untuk-asnaf-pihak-terjejas-COVID-19.png

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi menyerah dokumen perjanjian kerjasama bagi usahawan digital kepada Ketua Eksekutif Waqaf An Nur Corporation Berhad Bohari Abd Rahman (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Bizz Digital Latifah Ali Saiful (dua,kiri) pada Soft Launching And Year of Zakat 2020 Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Pusat Islam Iskandar Johor semalam. Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Kiyai Samsudin (kiri) dan Mufti Kerajaan Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad (kanan).

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 NOV: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM7.9 juta bagi disalurkan kepada golongan asnaf dan pelbagai pihak terjejas berikutan tercetusnya pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata peruntukan itu antaranya diberikan kepada keluarga terputus bekalan makanan, hilang pekerjaan serta individu tidak dibayar gaji akibat kemunculan pandemik ini, yang melibatkan peruntukan RM3.6 juta.

Beliau berkata peruntukan itu juga akan disalurkan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), ahli keluarga positif COVID-19, ahli keluarga dikuarantin serta ahli keluarga dalam proses kuarantin di kediaman masing-masing.

Advertisement

Tosrin dilaporkan Bernama sebagai berkata, MAINJ turut memberikan bantuan RM100 seorang kepada 4,163 penerima Orang Asli seluruh negeri, yang melibatkan peruntukan RM416,300,

Selain itu RM25,000 diperuntukkan bagi keperluan pembelian keranda, kelengkapan kafan COVID-19 dan bantuan ‘one-off’ RM500 kepada pemandu jenazah dan penggali kubur kes kematian COVID-19.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pra pelancaran ‘End Year Of Zakat 2020 MAINJ’, di sini semalam.

Advertisement

Turut hadir, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad, Penasihat MAINJ Datuk Dr Noh Gadut serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Datuk Md Rofiki Samsudin.

Tosrin berkata peruntukan RM1.9 juta turut disalurkan kepada penerima bantuan sara hidup dan bantuan perubatan melibatkan 19,551 penerima dengan setiap penerima menerima RM100 manakala peruntukan RM100,000 untuk disumbangkan kepada peniaga kecil asnaf secara ‘one-off’ menerusi Bantuan Ihsan Johor.

“Para pelajar juga tidak dilupakan antaranya bantuan tunai RM200 seorang kepada pelajar di Mesir, RM500 seorang kepada pelajar di Maghribi dan RM300 seorang kepada pelajar di Jordan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top