BM | EN | 中文

Warga Singapura boleh lawat isteri yang sakit di JB – Ismail Sabri

Singapura-Malaysia-Pekerja-Tambak-Johor.jpg

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 JUL: Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada masalah bagi seorang lelaki warga Singapura untuk bertemu isterinya – seorang rakyat Malaysia yang sakit di Johor Bahru walaupun tidak mempunyai visa pasangan.

Pada sidang media di Putrajaya hari ini, beliau menasihatkan lelaki tersebut, CA Mahendran untuk menyerahkan laporan perubatan isterinya kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) apabila memohon untuk masuk ke negara ini.

“Kalau yang pegang visa pasangan, mereka terus boleh masuk, khususnya (mereka yang) daripada Singapura.

Advertisement

“Tetapi kalau mereka tidak mpunyai visa pasangan, mereka masih boleh memohon kepada JIM.

“Kalau ada kematian dan sakit dan kemukakan bukti kalau isteri sakit di sini, ada bukti daripada hospital yang kata isteri benar-benar sedang dirawat dan dalam keadaan kritikal.

“Tunjukkan bukti kepada pihak JIM, Insya-Allah JIM akan benarkan,” katanya pada sidang media di kementeriannya semalam.

Advertisement

Malaysiakini, semalam melaporkan seorang jurutera IT berusia 58 tahun mendakwa tidak dibenarkan mengunjungi isterinya di Malaysia yang menghidap penyakit diabetes dengan bisul di kedua telapak kakinya.

A Kavitha, 51, dilapor memerlukan rawatan perubatan tetapi menghadapi masalah berjalan dan tinggal bersendirian di apartmen mereka di Johor Bahru.

Pasangan itu terpisah selama tiga bulan setelah kedua-dua negara menutup sempadan mereka susulan penularan wabak Covid-19.

Advertisement

Sementara itu ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menawarkan diri membantu Mahendran untuk masuk ke Malaysia bertemu pasangannya.

Dalam kenyataan di Facebook, Akmal berkata bahawa dia mengunjungi Kavitha di rumahnya di Johor Bahru setelah membaca mengenai keadaan mereka dalam laporan tersebut.

“Saya telah mendapatkan salinan dokumen daripada beliau (Kavitha) termasuk rekod kesihatan,” kata Akmal.

Advertisement

Difahamkan Akmal pagi ini akan ke pejabat Imigresen Johor bagi menyerahkan dokumen tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top