BM | EN | 中文

Warga Malaysia di Singapura diminta kekal di sana untuk tempoh dua minggu

tambak-johor-bh-sg.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 7 APR: Warga Malaysia yang bekerja di Singapura sebolehnya diminta kekal di Singapura untuk tempoh dua minggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sedang berbincang dengan pihak di Singapura sama ada majikan di negara itu dapat kekalkan rakyat Malaysia yang bekerja di republik berkenaan untuk tempoh dua minggu lagi.

“Mereka yang hendak kembali akan disaring dan apabila kami (Kementerian Kesihatan Malaysia) menjalankan saringan, kami akan ambil tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Bernama melaporkan Dr Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakyat Malaysia yang dilaporkan berjalan kaki pulang dari Tambak Johor sejak 2 April hingga semalam.

Difahamkan seramai 12,000 warga Malaysia telah pulang dari Singapura sejak 2 April hingga semalam.

Ia ekoran langkah Singapura memperketatkan langkah-langkah bagi menghalang penularan wabak COVID-19 di republik itu bermula hari ini hingga 4 Mei.

Advertisement

Dalam tempoh itu, kebanyakan tempat kerja akan ditutup kecuali perkhidmatan penting dan sektor ekonomi utama.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top