BM | EN | 中文

Warga Malaysia di Singapura antara yang menerima suntikan vaksinasi COVID-19

singapura-singapore-covid-19.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan straitstimes.com)

Advertisement

SINGAPURA, 17 JAN: Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura telah menjadi antara penerima suntikan vaksin Pfizer BioN Tech di negara tersebut.

Difahamkan, mereka yang menerima suntikan vaksin di republik itu kebanyakannya bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan untuk menerima vaksin.

Sebahagian daripada mereka telahpun berkongsikan pengalaman mereka menerima suntikan di laman Facebook Malaysian-Singapore Border Crossers, yang kini mempunyai hampir 82,000 ahli.

Advertisement

Imra Astata Ibrahim yang bekerja dalam sektor marin berkata, beliau menerima suntikan vaksinnya yang pertama pada 13 Jan dan akan menerima suntikan kedua selepas 21 hari.

Ketika dihubungi Bernama, Imra Astata, 40, yang menyewa di Jurong West di sini berkata, beliau tidak teragak-agak untuk menerima suntikan vaksin tersebut bersama 10 lagi rakan dari Malaysia.

Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu berpandangan yang dengan mengambil suntikan tersebut, keadaan akan menjadi lebih mudah untuknya berulang-alik ke Johor seperti sebelum ini.

Advertisement

“Siapa tahu, mungkin akan ada satu persefahaman antara kedua negara, bagi memudahkan pergerakan untuk pekerja yang telah menerima vaksin ini,” katanya.

Imra Astata telah kembali ke republik itu untuk bekerja pada 24 Sept 2020, selepas langkah-langkah memperketatkan pergerakan antara kedua-dua sempadan negara itu diperkenalkan pada Mac tahun lepas, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Ketika ditanya jika terdapat sebarang kesan sampingan selepas penerimaan vaksin tersebut, Imra Astata berkata, sebelum menerima suntikan itu, beliau dan rakan-rakannya telah dimaklumkan mengenai kemungkinan adanya kesan sampingan.

Advertisement

“Setakat ini, saya dan rakan-rakan masih sihat selepas mengambil suntikan. Hanya pada hari menerima suntikan, saya rasa sedikit kebas dan sakit di tempat suntikan,” kata Astata yang berasal dari Johor.

Kerajaan Singapura telah memperuntukkan semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang di negara itu, untuk menerima vaksin sebelum akhir 2021, jika tiada gangguan yang tidak terjangka dalam penghantaran vaksin tersebut.

Singapura menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 pada 21 Dis tahun lepas.

Advertisement

Bagi memastikan ketersediaan vaksin dan membolehkan Singapura mencapai kadar yang lebih tinggi pemberian vaksin kepada penduduk republik itu, vaksin tersebut akan diberikan secara percuma.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura sehingga 12 Jan 2021, lebih daripada 6,200 individu telah menerima dos pertama vaksin mereka di negara itu.

Menurut MOH, jumlah itu dijangka akan meningkat dengan banyak dalam minggu yang akan datang, apabila mereka mempertingkatkan lagi operasi pemberian vaksin mereka.

Advertisement

Sejajar dengan saranan daripada Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 untuk mengutamakan vaksinasi kepada kumpulan yang paling berisiko, Singapura telah memulakan aktiviti vaksinasi kepada petugas bidang kesihatan secara progresif bermula 30 Dis 2020.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top