BM | EN | 中文

Warga Malaysia dari Singapura bergejala terus dirujuk ke hospital

tambak-johor-air-terawat-dari-singapura.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 APR: Warganegara Malaysia yang pulang dari Singapura yang disaring dan menunjukkan gejala, akan terus dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kerajaan Johor mengambil perhatian serius mengenai perkara ini dan akan memastikan prosedur kemasukan warganegara Malaysia dari Singapura dipantau melalui proses saringan ketat.

“Bagi pekerja yang mempunyai permit pekerjaan dan surat pengesahan SWAB Negative COVID-19 RT PCR Test, mereka dibenarkan pulang ke rumah dan dibekalkan dengan Health Alert Card, Home Assessment Tools, Notis Arahan Seksyen 15 (Home Quarantine) dan Rapid Test Kit (RTK) D13.

Advertisement

“Bagi pekerja yang mempunyai permit pekerjaan tetapi tidak memiliki surat pengesahan SWAB Negative COVID-19 RT PCR Test, mereka akan dihantar ke Pusat Saringan Kesihatan di MARSAH Johor Bahru untuk tindakan lanjut sama ada dirujuk ke hospital atau dihantar ke Stesen Kuarantin yang telah disediakan,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bagi mereka yang bukan pekerja di Singapura seperti penduduk tetap dan pemegang pas jangka masa panjang, mereka akan dihantar ke Pusat Saringan Kesihatan di MARSAH Johor Bahru untuk tindakan lanjut sama ada dirujuk ke hospital atau dihantar ke Stesen Kuarantin yang telah disediakan.

Tambah Vidyananthan, kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Singapura banyak membantu untuk memastikan kesihatan dan kebajikan pekerja Malaysia dipantau dengan baik.

Advertisement

“Apabila terdapat maklumat kes positif atau ‘close contact’, ia akan dikongsi antara kedua-kedua pihak dan membolehkan ‘contact tracing’ dibuat dengan segera,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top