BM | EN | 中文

Warga Johor pengguna khidmat kaunter farmasi perlu patuh garis panduan

Vidyananthan-Ramanadhan-Kahang.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JUN: Orang awam yang mendapatkan khidmat kaunter farmasi di fasiliti kesihatan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata garis panduan itu terpakai sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, orang ramai perlu patuh kepada tarikh temujanji dan masa pengambilan ubat dan perkhidmatan farmasi yang telah ditetapkan oleh Pegawai Farmasi.

Advertisement

Selain itu orang awam perlu menjalani saringan suhu pesakit sebelum mengambil ubat di kaunter farmasi dan menggunakan hand sanitizer yang disediakan sebelum masuk dan selepas hadir ke kaunter farmasi.

Hanya seorang sahaja pesakit atau wakil yang dibenarkan untuk menunggu dan mengambil ubat dan amalan penjarakan sosial perlu dilakukan kepada sekurang-kurangnya satu meter semasa di kaunter pendispensan ubat dan kerusi menunggu.

“Orang awam diminta untuk mengurangkan percakapan dengan orang lain dan segera beredar selepas selesai berurusan di farmasi,” kata Vidyananthan.

Advertisement

Tambah beliau, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan meneruskan promosi Perkhidmatan Tambah Nilai
Farmasi (Value Addded Services; VAS) untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh pesakit.

Antaranya seperti sukar mendapatkan ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi serta masa menunggu yang lama di farmasi.

“Ini adalah selaras dengan Amalan Elakkan 3C ; Crowded Places (tempat sesak), Confined Spaces (tempat tertutup) dan Close Conversation (bercakap jarak dekat) yang disarankan KKM,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top