BM | EN | 中文

Warga Indonesia cuba seludup keluar burung murai ditahan di Kota Tinggi

polis-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 NOV: Seorang lelaki warga Indonesia yang cuba menyeludup keluar sejumlah burung murai ke negaranya, ditahan pihak berkuasa di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, malam Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPM W2) ACP Muhd Zailani Abdullah berkata warga emas itu ditahan semasa menaiki sebuah bot fiber di kawasan perairan Teluk Ramunia, Sungai Rengit, kira-kira pukul 11.50 malam.

“Turut ditemui bersama lelaki berusia 61 tahun itu adalah 450 ekor burung murai. Kesemua rampasan termasuk bot fiber dan enjin sangkut yang digunakan suspek dianggarkan bernilai RM163,408,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata harga seekor burung murai mampu mencecah ribuan ringgit di pasaran Indonesia kerana burung murai dari Malaysia dipercayai lebih bermutu tinggi sehingga menjadi buruan dan kegilaan masyarakat negara jiran berikutan bentuk fizikalnya yang cantik serta suara yang nyaring.

Kesemua hasil rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM W2 Pengerang untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2013 (MAQIS) dan Akta Imigresen 1959/63.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top