BM | EN | 中文

WARGA HOSPITAL PAKAR KPJ PUTERI MENYANTUNI PENDUDUK MERSING KECHIL

PROGRAM-1.jpg
Advertisement

MERSING, 30 SEPT : Hospital Pakar KPJ Puteri melaksanakan program Kem Kesihatan Kemasyarakatan untuk masyarakat di Surau Mersing Kechil, Jalan Nakhoda, di sini, baru-baru ini.

Majlis perasmiannya disempurnakan Pengarah Eksekutif, KPJ Healthcare Berhad (KPJ) merangkap Pengerusi KPJ Puteri, Aminudin Dawam.

Antara aktiviti yang dijalankan warga Hospital Pakar KPJ Puteri 

Sementara itu, Pegawai Eksekutif KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata, program yang diadakan selama dua hari itu  disertai 100 orang kakitanganya termasuk enam doktor pakar.

Advertisement

“Pelbagai aktiviti diadakan seperti lawatan ke dua buah rumah penduduk yang kurang berkemampuan.

“Pada itu, pihak hospital telah menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban hidup mereka,” katanya.

Tambahnya, tahun ini, pihaknya membawa kelainan iaitu melakukan ubah suai bilik seorang pesakit terlantar iaitu Endut Embong, 78 di Kampung Seri Lumpur.

Advertisement

“Antara aktiviti lain yang diadakan termasuklah pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan dan gotong royong,” katanya.

Beliau berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Kami akan terus komited dan berusaha mengimbangi fungsi sebagai sebuah entiti perkhidmatan kesihatan, seterusnya menyebarkan manfaat kepada rakyat di negeri ini melalui pelbagai aktiviti tanggungjawab korporatnya,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top