BM | EN | 中文

Warga emas tiada telefon pintar, perlu buka kaunter daftar vaksin Covid-19 di klinik kesihatan – Adun Jementah

kaunter-daftar-vaksin-covid-19-tan-chen-choon-adun-jementah.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 29 MAC: Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, pihaknya mendapat aduan ada warga emas yang tidak memiliki telefon pintar, menyebabkan mereka tidak dapat mendaftarkan diri bagi program vaksinasi Covid-19 kebangsaan.

Susulan masalah itu katanya, kerajaan wajar membuka kaunter pendaftaran vaksinasi Covid-19 di klinik-klinik kesihatan, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Saya menerima maklum balas bahawa ada warga emas yang tidak dapat membuat pendaftaran Vaksin Covid-19 disebabkan mereka langsung tidak mempunyai telefon bimbit.

Advertisement

“Justeru, saya ingin menggesa kerajaan supaya membuka peluang pendaftaran vaksinasi Covid-19 kepada klinik kesihatan tempatan.

“Dengan ini, bagi sesiapa yang langsung tidak mempunyai telefon bimbit, mereka boleh membuat pendaftaran Vaksin Covid-19 melalui klinik kesihatan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru, generasi muda atau ahli-ahli keluarga yang mahir dengan aplikasi MySejahtera memanfaatkan aplikasi berkenaan untuk membantu pendaftaran vaksinasi Covid-19 bagi warga emas keluarga masing-masing.

Advertisement

“Saya dimaklumkan oleh segelintir warga emas bahawa mereka telah membuat pendaftaran Vaksin Covid-19 secara atas talian, tetapi mereka tidak dapat mengesan balik pendaftaran tersebut.

“Saya berpendapat bahawa sesetengah warga emas tiada, tidak tahu atau tidak mahir dengan telefon pintar dan fungsi aplikasi yang diperkenalkan.

“Ada yang sudah terlupa sama ada pernah mendaftar penanaman Vaksin Covid-19 atau tidak.

Advertisement

“Bagi mengelakkan pendaftaran penanaman Vaksin Covid-19 yang berulang kali, saya menggesa kerajaan menambahbaik sistem pendaftaran secara atas talian dengan menambah fungsi semakan pendaftaran Vaksin Covid-19,” katanya lagi.

Terdahulu, Tan membuka kaunter bergerak pendaftaran vaksinasi Covid-19 di Gemas Bahru, dekat sini, semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top