BM | EN | 中文

WARGA EMAS PAKAI BAJU TEMA JALUR GEMILANG, SEMANGAT MENGUNDI AWAL

hari-pengundian-1.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 16 NOV: Kemeriahan hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai kini telah bermula di kesemua 27 pusat daerah mengundi (PDM) dalam parlimen ini.

Antara yang mencuri tumpuan, seorang warga emas, Mohd Nor Othman, 63, yang hadir seawal ke PDM di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, di sini seawal jam 8 pagi.

Advertisement

Menariknya, Mohd Nor begitu semangat memakai pakaian bertemakan Jalur Gemilang dan menaiki motosikal bertanduk berwarna merah jambu.

Menurutnya, dia tidak pernah terlepas menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

“Sejak jam 6.30 pagi, saya sudah bersiap untuk mengundi, saya memang gemar berpakaian seperti ini khususnya apabila tiba hari kemerdekaan dan ketika pilihan raya.

Advertisement

“Saya datang mengundi awal untuk mengelak terlepas peluang ini,” katanya yang menetap di Batu 29, Pengkalan Raja, di sini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top