BM | EN | 中文

Warga emas kemalangan motosikal di Kluang positif Covid-19

Bandar-Kluang-Johor.jpg

Bandar Kluang (Gambar Ehsan Blog Kamus Bergerak)

Advertisement

KLUANG, 24 MEI: Seorang lelaki Melayu berumur 86 tahun yang dimasukkan ke hospital akibat kemalangan motosikal di Kluang semalam didapati positif Covid-19.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berhubung situasi semasa kes Covid-19 di Johor merujuk satu kes yang dilaporkan semalam di daerah itu.

“Terkini dilaporkan satu kes baharu Covid-19 di Mukim Kluang. Seorang lelaki Melayu berumur 86 tahun dimasukkan ke hospital akibat kemalangan motosikal.

Advertisement

“Memandangkan beliau mempunyai gejala demam dan batuk, ujian saringan rutin Covid-19 telah dijalankan dan disahkan positif,” kata Vidyananthan dalam kenyataannya hari ini.

Tambahnya kes Covid-19 yang terakhir di mukim Kluang dilaporkan pada 2 April 2020 lalu dan dengan laporan kes ini menjadikan mukim Kluang sebagai zon kuning.

Sementara itu, seramai 42 senarai kontak telah dikenalpasti dan diberikan perintah kuarantin selama 14 hari dan kesemua sampel ujian SWAB daripada kontak terbabit telah diambil dan masih menunggu keputusan makmal.

Advertisement

“Diharapkan masyarakat dapat mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ditetapkan.

“Elakkan 3S (kawasan sesak, sempit dan sembang rapat). Orang ramai disaran mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri khsusnya pada musim perayaan ini,” katanya lagi.

Like, Subscribe dan follow laman media & berita dari Johor

Advertisement

Tepat – Informatif – Kreatif

Website johorkini.my

Twitter twitter.com/myjohorkini

Advertisement

Instagram instagram.com/johorkini.my

Facebook facebook.com/jkini.my

Youtube youtube.com/c/JohorkiniTV

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top