BM | EN | 中文

Warga emas hilang dalam belukar ketika ambil rambutan

IMG-20200127-WA0005.jpg

Mangsa telah dijumpai dalam keadaan terbaring di bawah sebatang pokok 100 meter dari rumahnya.

Advertisement

KLUANG, 27 JAN : Seorang warga emas hilang di dalam belukar di hadapan rumah ketika keluar mengambil rambutan di Jalan Paya 4, Kampung Paya, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Jusoh Mohd Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan insiden mangsa hilang itu pada jam 8.24 malam.

Katanya, seramai enam anggota dan sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian kerja mencari dan menyelamat.

Advertisement

“Setibanya pasukan tindakan operasi di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa warga emas lelaki Cina berumur 73 tahun telah hilang di dalam belukar di hadapan rumah.

“Mangsa dimaklumkan keluar mengambil rambutan dan mengalami hypo gleasmia.

“Operasi pencarian dilakukan terbuka dan mangsa telah dijumpai dalam keadaan terbaring di bawah sebatang pokok 100 meter dari rumah,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans serta telah dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya manakala operasi ditamatkan pada jam 9.12 malam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top