BM | EN | 中文

Warga emas di Johor ditahan, lepas tembakan guna senapang angin

Warga-emas-di-Johor-ditahan-lepas-tembakan-guna-senapang-angin.png

Senapang angin yang dirampas Polis (Gambar Ehsan Harian Metro)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 FEB: Polis menahan seorang lelaki warga emas yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta di kawasan Taman Ulu Choh di sini petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata seorang lelaki berumur 21 tahun dalam aduannya mendakwa kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.15 petang semasa dia sedang memandu kereta jenis Perodua Myvi di kawasan Taman Ulu Choh menghala ke jalan keluar di Jalan Senduduk, di sini.

“Pada pukul 5.30 petang hari yang sama, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah menahan seorang lelaki berumur 63 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau di sebuah rumah dalam kawasan yang sama,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Beliau berkata kesan tembakan dapat dilihat pada pintu bahagian belakang sebelah kanan kereta, dan menurutnya kejadian dipercayai berlaku berikutan sikap lelaki itu yang sering membuat bising menggunakan keretanya sehingga mengganggu jiran tetangga.

Katanya polis turut merampas satu laras senapang tiruan pendek serta satu laras senapang tiruan panjang, dan siasatan awal polis mendapati senapang itu dibuat sendiri oleh suspek berdasarkan pembelajaran melalui Youtube.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top