BM | EN | 中文

Warga emas cedera dalam kebakaran

IMG-20200208-WA0038.jpg
Advertisement

PONTIAN, 9 FEB: Seorang warga emas cedera selepas terlibat dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Batu 30, Pengkalan Raja, di sini tengahari semalam.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pekan Nenas, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.26 tengahari.

Katanya, seramai 10 anggota dengan sebuah jentera serta enam anggota juga sebuah jentera dari balai bantuan BBP Pontian Baru dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis sementara terbakar hampir keseluruhan. Turut terbakar sebuah motorsikal jenama Jaguh.

“Operasi yang dibuat berjaya mengawal kebakaran, namun seorang lelaki berusia 73 tahun cedera di bahagian tangan dan belakang badan.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pontian menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 3 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top