BM | EN | 中文

Warga emas berusia 62 tahun ditemui mati

anggota-bomba-01-scaled.jpg

Anggota bomba terpaksa membuka pintu yang berkunci untuk memeriksa keadaan mangsa.

TANGKAK, 15 JAN: Bomba menemui seorang warga emas berusia 62 tahun setelah membuka pintu rumah yang beralamat di Nombor 45, Jalan Mawar 1, Taman Sentosa di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Mohd Nizam Yom memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 10.39 pagi untuk membantu operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa wanita terbaring tidak sedarkan diri dan terkunci di dalam rumah. Operasi membuka kunci pintu dibuat menggunakan ‘bolt cutter’.

“Mangsa yang dikenalpasti sebagai Ng Geok Hwee disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd Nizam, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.50 pagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top