BM | EN | 中文

WARGA EMAS BERKERUSI RODA DATANG MENGUNDI 

hari-pengundian-7.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 NOV: Meskipun terpaksa berkerusi roda, itu tidak menghalang dua warga emas untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang berlangsung hari ini.

Aminah Kasbi, 96, dan Mohd Taib Ahmad, 67, masing-masing dilihat hadir ke Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kerang, di sini, sambil ditemani oleh ahli keluarga mereka.

Advertisement

“Saya bangun seawal 4 pagi tadi dan malam semalam saya tidak tidur lena kerana memikirkan hasrat untuk mengundi hari ini.

“Saya memang asal Telok Kerang tetapi kini sudah menetap di Johor Bahru dan pagi tadi, cucu saya Norhidayah Abdullah yang bawa saya kesini,” kata Aminah kepada wartawan ketika ditemui di sini.

Norhidayah (diri,kanan) menemani neneknya Aminah untuk mengundi

Sementara itu, Mohd Taib yang dilihat hadir bersama anaknya berkata, dia berharap wakil rakyat yang dipilih untuk Parlimen Tanjung Piai haruslah sama-sama membantu masyarakat setempat.

Advertisement

“Setiap kali Pilihan Raya saya memang akan datang mengundi untuk menunaikan tanggungjawab saya mahupun dengan berkerusi roda sejak lima tahun lalu.

“Pagi tadi, selepas saya bangun dari tidur saya lihat anak saya sedang bersiap-siap untuk keluar mengundi, jadi, saya pergi bersama-sama dia ke sini.

“Saya harap siapapun yang dipilih nanti haruslah pikul tanggungjawab yang sewajarnya sebagai wakil rakyat,” katanya lagi.

Advertisement

Mohd Taib mempunyai masalah kabur penglihatan disebabkan katarak di kedua-dua matanya yang mana dia memerlukan bantuan daripada keluarganya untuk bergerak.

Terdahulu, para pengundi di SK Telok Kerang dilihat mula beratur untuk menunaikan tanggungjawab mereka seawal jam 7 pagi tadi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top