JOHOR BAHRU, 29 JAN: Seorang warga emas maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas sebelum melanggar tiang lampu berhampiran pusat beli belah Aeon Permas Jaya, pagi semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Sufian Mohd Lis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 pagi.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Toyota Vios telah merempuh tiang lampu setelah terbabas.
“Akibat kemalangan itu, mangsa, Chew Voon Kong, 81, maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Tambah beliau, operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.55 pagi.
Johorkini