BM | EN | 中文

WARGA EMAS 100 TAHUN SEMANGAT MAHU MENGUNDI

IMG-20191114-WA0010.jpg
Advertisement

Oleh: Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 14 NOV : Usianya yang dianggarkan sudah mencecah 100 tahun, itu bukan penghalang buat seorang warga emas, Jenab Zaman untuk turun mengundi pada 16 November ini.

Meskipun pergerakannya terhad kerana faktor kesihatan, Jenab tetap bersemangat mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Advertisement

“Tetapi semuanya bergantung pada kesihatan makcik. Kalau sihat, makcik memang mahu pergi mengundi kerana ini satu tanggungjawab,” katanya ketika ditemui JohorKini di rumahnya di Kampung Rambah, di sini hari ini.

Mengikut tarikh rasmi pada kad pengenalannya, Jenab dilahirkan pada tahun 1927. Bagaimanapun, ahli keluarganya mengesahkan usia sebenar Jenab sudah mencecah 100 tahun.

Sementara itu, suami Jenab iaitu Salleh Dahlan, 88, berkata, isterinya sememangnya bersemangat apabila mengetahui Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai bakal diadakan Sabtu ini.

Advertisement

“Isteri saya sering tanya bila hari untuk mengundi. Sebelum ini pun, dia tidak pernah terlepas mengundi setiap kali pilihan raya.


“Memandangkan isteri saya tidak boleh bergerak banyak, dia akan dibantu dan dibawa menggunakan kerusi roda oleh ahli keluarga yang lain,” katanya.

Pasangan warga emas yang merupakan pengundi berdaftar Parlimen Tanjung Piai ini akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rambah.

Advertisement

Ditanya mengenai harapan sempena PRK Tanjung Piai, Salleh berkata, mereka hanya mahu wakil rakyat yang dipilih tidak melupakan penduduk yang memerlukan.

“Tidak kira siapa pun yang menang, jangan lupa untuk bantu orang susah,” katanya.

Pada 7 November lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun turut meluangkan masa menziarahi pasangan ini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top