BM | EN | 中文

WARGA EMAS 100 TAHUN BANGUN JAM 5 UNTUK MENGUNDI

hari-pengundian-16.jpg
Advertisement

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 16 NOV : Seorang warga emas berusia 100 tahun, Jenab Jaman bangun seawal jam 5 pagi bagi menunaikan kewajipan mengundi. Suaminya, Salleh Dahlan, 88, berkata, isterinya memang bersemangat mahu mengundi sejak mengetahui Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai akan diadakan hari ini.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari dia tanya bila nak mengundi. Memang nampaklah semangatnya yang berkobar-kobar.

Advertisement

“Hari ini, jam 5 pagi dia sudah kejutkan pak cik untuk mandi dan bersiap.

‘Katanya tak sabar nak pergi mengundi,” katanya kepada wartawan di rumah mereka di Kampung Rambah, di sini, hari ini.


Menurut Salleh, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah menjemput isterinya di rumah dan membawanya ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Rambah.

Advertisement

“Isteri pakcik turut ditemani anak dan perlu menggunakan kerusi roda kerana pergerakannya terhad. Tetapi, ketika mahu memangkah undi, dia sendiri yang lakukan,” katanya.

Manakala, Salleh sendiri bersemangat menaiki basikal untuk pergi mengundi.

“Pakcik memang sejak zaman Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) tidak pernah terlepas mengundi.

Advertisement

“Bagi pakcik, mengundi ini sangat penting kerana ia tanggungjawb kita kepada negara,” katanya.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top