BM | EN | 中文

Wanita warga Singapura positif Covid-19 ditemukan meninggal dunia di rumah dekat Muar

takziah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 OGOS: Seorang wanita warga Singapura yang disahkan positif COVID-19, ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Serkam, Jalan Bakri, dekat Muar, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar PBK II Noralfatah Omar berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.46 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat seorang wanita, Tan Ah Csee, 80, terperangkap dalam rumah dan anggota bertugas membuka pintu yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas. Kami ambil masa lima minit untuk membukanya.

Advertisement

“Mangsa didapati telah meninggal dunia dan disahkan positif COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jiran mangsa mula menyedari kejadian itu apabila panggilan kepada mangsa tidak berbalas, tetapi tidak berani untuk memasuki rumah kerana mangsa positif COVID-197 katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top