BM | EN | 中文

Wanita warga emas rentung kebakaran rumah

keadaan-kebakaran-yang-berlaku.jpg

Keadaan kebakaran yang berlaku

PONTIAN, 17 JAN: Seorang wanita warga emas rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Kampung Belokok, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan seorang lagi lelaki warga emas melecur satu peratus.

Goh Ching Hiang, 75 telah dijumpai rentung di ruang bilik tidur utama rumah berkenaan.

Manakala, mangsa lelaki, Goh Thing Wang, 81 pula melecur satu peratus di bahagian tangan kiri dan kanan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Pegawai Bomba Iqbal Raduan, kebakaran tersebut memusnahkan 95 peratus rumah mangsa.

“Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan melalui panggilan kecemasan MERS999 pada jam 1.36 pagi dan seterusnya tiga jentera dan satu EMRS dari BBP Pontian Baru, BBP Pontian dan Pekan Nenas.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran yang melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 40 kaki x 60 kaki x 12 kaki telah musnah 95 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iqbal berkata, operasi memadam kebakaran dan menyelamat selesai pada jam 5.45 pagi.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Pontian manakala mayat mangsa yang rentung dikeluarkan oleh Bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

warga emas lelaki yang melecur dalam kebakaran berkenaan

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top