BM | EN | 中文

WANITA SESAT DI GUNUNG PULAI DITEMUI SELAMAT

jbpm-gunung-pulai.jpg
Advertisement

KULAI, 30 NOV: Seorang wanita yang dilaporkan sesat di Gunung Pulai pada Khamis, berjaya ditemui kira-kira enam jam kemudian selepas Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilakukan.

Menurut pegawai operasi, Penolong Kanan Penguasa Mohd Khairi Zainudin berkata, SAR melibatkan 10 anggota Bomba, 10 anggota PDRM dan dua dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibantu satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai.

Mohd Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pada jam 10 malam, Khamis 28 Nov lalu dan dimaklumkan terdapat seorang wanita berumur 20-an telah terpisah dari kumpulan semasa melakukan aktiviti mendaki gunung.

Advertisement

“Tindakan operasi anggota ke lokasi terakhir mangsa dipercayai terpisah dari kumpulan dan (Bomba) melakukan pencarian di sekitar kawasan tersebut.

“Mangsa telah berjaya dijumpai pada jam 2.10 pagi dalam keadaan lemah dan tidak mengalami kecederaan,” kata Mohd Khairi sambil menambah operasi SAR tamat pada jam 4.40 pagi.

Mangsa, yang beralamat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kemudiannya dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan lanjut dengan menggunakan jentera EMRS.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top