BM | EN | 中文

Wanita rugi RM395,200 terpedaya ‘love scam’ lelaki ‘London’

love-scam.jpg

Gambar Ehsan eportfolio.utm.my

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Terpedaya dengan jerat cinta lelaki dipercayai dari London dikenali menerusi media sosial, seorang wanita berputih mata apabila menjadi mangsa penipuan serta mengalami kerugian kira-kira RM395,200.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata wanita berusia 23 tahun yang juga seorang peniaga dan baru kematian suami itu membuat laporan polls pada 17 Sept lepas setelah menyedari ditipu individu terbabit.

Beliau berkata mangsa mengenali individu berkenaan menerusi laman Instagram yang menggunakan nama ‘CHONGWEI4580’ sejak April lepas dan telah berhubung menerusi aplikasi WhatsApp sepanjang perkenalan hingga jatuh cinta.

Advertisement

Menurutnya, bagaimanapun individu itu menghubungi mangsa pada 10 Sept lepas kerana kononnya bersimpati dengan nasib mangsa yang kematian suami sena ingin mengirimkan barangan mengandungi wang iunal sebanyak AS$950,000 kepada mangsa.

“Pada tiga hari kemudian mangsa menerima e-mel daripada sebuah syarikat penghantaran yang memima mangsa menjelaskan bayaran sebanyak RM6,200 untuk melepaskan barangan itu daripada kastam.

“Bagaimanapun, individu itu mengugut mangsa untuk membuat bayaran tersebut dan bayaran lain yang telah diarahkannnya, dan sekiranya enggan berbuat demikian, mangsa akan ditangkap kerana bersubahat dalam aktiviti pengubahan wang haram,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Advertisement

Ayob Khan berkata disebabkan ketakutan. mangsa mengikuti segala arahan itu dan telah membuat sebanyak 24 transaksi pembayaran dalam tempoh tiga hari bermula 13 Sept secara dalam talian, ke 11 akaun berbeza dengan jumlah sebanyak RM395,200.

“Sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang kiriman yang dijanjikan dan meryedari bahawa telah ditipu,” katanya.

Ayob Khan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun sena boleh dikenakan sebatan dan denda.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap trend jenayah ketika ini terutama melibatkan transaksi, pelaburan dan perkenalan dalam talian menerusi media sosial.

“Gunakan aplikasi semakan atas talian yang diperkenalkan pihak berkuasa seperti ‘Semak Mule’ sebelum melakukan sesuatu transaksi kewangan,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top