BM | EN | 中文

WANITA PH LANCAR JENTERA TENGAHARI INI

Rina.jpg

PONTIAN, 2 NOV : Wanita Pakatan Harapan (PH) akan melancarkan jentera tengahari ini di Batu 26, Jalan Johor, Pekan Nanas.

Ketua Wanita PKR negeri, Rahamizon Abdul Ghani berkata, majlis sama turut diadakan majlis pelancaran bilik gerakan wanita PH sempena pilihanraya kecil (PRK) P165 Tanjung Piai yang berlangsung.

“Pelancaran akan dijalankan pada jam 12.30 tengahari. Kepimpinan negeri dan bahagian, cabang, kawasan masing-masing dijemput hadir demi sokongan dan memperlihatkan kekuatan PH,” katanya kepada JohorKini.

Tambahnya, majlis dimulakan dengan ketibaan Ketua Wanita PH Nasional, Zuraida Kamaruddin disusuli dengan ucapan wakil komponen PH dari parti Amanah, PKR, DAP, Bersatu.

Dijangka hadir sama, Ketua Srikandi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top