BM | EN | 中文

Wanita perlu sedia hadapi cabaran pandemik, perubahan zaman – AWAN Johor

Norhayati-Bidin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 MAC: Kaum wanita perlu bersedia menghadapi cabaran pandemik dan pasca-pandemik selain perubahan zaman demi survival golongan itu, kata pimpinan Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Johor, Norhayati Bidin.

Pelancaran program ‘Rice for Life’ turut dihadiri Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat

Katanya, ketika ini ramai dari golongan wanita yang terkesan antaranya risiko kehilangan punca pendapatan, selain suasana ekonomi negara yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19.

“Ketika ini suasana pendemik telah mengubah kehidupan kita. Cabaran kita semakin terus meningkat,” kata Norhayati Bidin pada majlis pelancaran ‘Rice for Life’ dianjurkan AWAN Nasional di Kampung Maju Jaya, Tebrau, baru-baru ini.

Advertisement

Namun kata Norhayati, peranan wanita sebagai tulang belakang institusi keluarga perlu terus diupayakan, dalam masa yang sama hak mereka sebagai indidvidu dan warganegara tidak boleh dikesampingkan.

Pandangan itu dinyatakan susulan banyak kes-kes melibatkan isu ketidaksetaraan gender, termasuk keganasan rumah tangga dan diskriminasi terhadap kaum wanita.

“Tanpa kita sedar, cabaran-cabaran itu telah menyebabkan banyak perubahan berlaku, tentang bagaimana kita mendidik anak-anak, tentang bagaimana anak-anak untuk menghadapi persekolahan dan sebagainya.

Advertisement

“..dan bagaimana juga pandemik ini telah menyebabkan cabaran-cabaran yang saya rasa terpaksa kita lalui.

“(Maka) kita terpaksa bersedia dan tidak mengalah dalam menghadapi kehidupan kita sehari-hari,” katanya lagi.

Terdahulu, Norhayati turut hadir ke pelancaran ‘Rice for Life’, program dengan kerjasama Ahli Dewan Negara, Aiman Athirah untuk memberi bantuan dengan tumpuan kepada golongan B40 di seluruh Johor.

Advertisement

Program ‘Rice for Life’ turut singgah ke beberapa daerah termasuk Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar

Difahamkan, konvoi AWAN Nasional bersama sayap parti Amanah negeri ini turut singgah ke beberapa daerah termasuk Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar untuk mengedarkan kira-kira 700 paket beras dan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan.

Program ‘Rice for Life’ dianjurkan seiring sambutan Hari Wanita Sedunia 2021, diilhamkan oleh AWAN Nasional dan Johor sesuai konsep makanan ruji Asia.

Norhayati memaklumkan, pihaknya turut merancang program susulan pada masa terdekat dan pertemuan di majlis itu adalah permulaan bagi menggerakkan aktivis AWAN di peringkat kawasan di seluruh Johor .

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top