BM | EN | 中文

Wanita pandu lawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru ditahan

Wanita-pandu-lawan-arus-di-Lebuhraya-Senai-Desaru-ditahan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JAN: Seorang wanita ditahan petang kelmarin bagi membantu siasatan kes memandu kereta melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru (arah Desaru), berhampiran susur keluar Plaza Tol Cahaya Baru, Masai, di sini, Khamis lepas, di mana video kejadian terbabit tular dalam laman sosial.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, wanita berumur 46 tahun itu ditahan pada 6.30 petang, selepas hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Katanya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor menerima rakaman video tular berdurasi 0.48 saat (rakaman kamera papan pemuka) pada kira-kira 12 tengah hari semalam, berkaitan sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya dengan menyonsang arus di Lebuh Raya Senai-Desaru (arah Desaru), berhampiran susur keluar Plaza Tol Cahaya Baru.

Advertisement

“Bertindak atas maklumat, JSPT Johor berjaya mengenal pasti butiran kereta terbabit di mana kejadian tersebut dirakam orang awam dipercayai pada kira-kira 4.30 petang, 7 Jan lepas,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Ayob Khan berkata wanita terbabit kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000, serta hilang kelayakan lesen memandu tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara terbabit dan tidak akan berkompromi, sekali gus akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja melanggar undnag-undang jalan raya.

Advertisement

“Polis Johor akan memastikan siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan pertuduhan di mahkamah atas kecuaian suspek, yang mana dengan jelas boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” katanya dengan menambah pihaknya merakamkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat bagi membantu polis mengesan wanita terbabit.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top