BM | EN | 中文

WANITA MUDA JOHOR DIPELAWA SERTAI BENGKEL KEPIMPINAN

liow-cai-tung.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OKT: Wanita muda di negeri ini dipelawa untuk menyertai Program Young Women Bootcamp yang akan berlangsung daripada 24 hingga 26 Oktober 2019 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini.

Program yang julung kali diadakan ini merupakan anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan dibuka penyertaannya kepada wanita berusia antara 20 dan 30 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung dalam kenyatannya hari ini memaklumkan, penyertaan adalah percuma bagi program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini.

Advertisement

Kata Cai Tung, wanita hari ini berdepan pelbagai cabaran dan program ini adalah salah satu platform terbaik melatih dan menyiapkan golongan wanita muda bagi menghadapi cabaran akan datang.

“Program ini dilaksanakan bagi membantu golongan wanita muda dalam memperkembangkan lagi potensi diri selain meningkatkan pengetahuan teknik kepimpinan efektif.

“Sasaran peserta untuk program percuma ini adalah seramai 50 orang wanita daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan badan bukan kerajaan.

Advertisement

“Saya juga berharap remaja perempuan yang akan dibentuk menjadi pemimpin dapat menyertai bootcamp ini kerana pengisian program seperti komunikasi dalam organisasi, literasi ICT dan kepekaan gender adalah amat berguna bagi mereka,” katanya lagi.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi JPW di talian 07-224 2299.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top