BM | EN | 中文

Wanita melecur tangan ketika cuba selamatkan kenderaan terbakar di Skudai

Wanita-melecur-tangan-ketika-cuba-selamatkan-kenderaan-terbakar-di-Skudai.jpg

Keadaan motosikal dan kereta yang terbakar dalam kejadian itu

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 DIS : Seorang wanita melecur di tangannya selepas cuba menyelamatkan kenderaan terbakar di kediamannya di Taman Universiti di sini dalam kejadian pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II Suraini Adnan berkata, sebanyak empat buah kenderaan iaitu tiga motosikal dan sebuah kereta terjejas dalam kebakaran itu.

Katanya, kebakaran tersebut disedari oleh mangsa yang ketika itu tinggal bersama suami dan anak- anaknya.

Advertisement

“Pihak bomba menerima maklumat kejadian itu pada jam 5.55 pagi dan menghantar seramai lapan anggota bersama sebuah jentera serta sebuah kenderaan EMRS dihantar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dipadamkan oleh mangsa sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Bagaimanapun mangsa telah mengalami kecederaan melecur ringan di tangan kiri ketika membuat pemadaman dan telah diberikan rawatan awal oleh pihak bomba,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, ekoran kejadian itu telah menyebabkan  sebuah motosikal jenis Modenas Kriss terbakar 80 peratus, sebuah motosikal jenis Demak DZM200 terbakar 10 peratus dan sebuah motosikal jenis Yamaha R15 terbakar 10 peratus.

Jelasnya, kesan kebakaran tersebut turut melibatkan sebuah kereta jenis Honda Jazz yang terbakar sebanyak 5 peratus.

“Operasi ditamatkan jam 6.33 pagi. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,”katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top