BM | EN | 中文

Wanita melecur, rumah terbakar

IMG-20200221-WA0005.jpg

Sebuah rumah di Taman Abad terbakar mengakibatkan seorang wanita melecur.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB: Sebuah rumah di Taman Abad di sini terbakar mengakibatkan seorang wanita melecur dalam kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang, semalam.

Komander Operasi, Timbalan Pegawai Bomba I, Suhaimi Jamal berkata, seramai 27 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin dan BBP Tebrau dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, apabila Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian, rumah teres berkenaan didapati telah terbakar 85 peratus.

Advertisement

“Terdapat seorang mangsa wanita dewasa melecur 30 peratus  dibahagian tangan dan kaki telah dikeluarkan oleh bomba pada jam 2.48 petang.

“Mangsa berusia 50-an kemudiann dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dengan menaiki kenderaan EMRS Larkin untuk rawatan,”katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top