BM | EN | 中文

Wanita melecur gas terbakar

kebakaran-2.jpg

Kesan letupan telah mengakibatkan kerosakan pada tingkap dan siling rumah tersebut

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 DIS : Seorang wanita berusia 27 tahun melecur tahap kedua, susulan insiden kebakaran gas di sebuah rumah di Taman Daya, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.58 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Yeo Chui Teng terus dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

Pegawai Operasi Pegawai Bomba Kanan II Kamalrulzaman Mohd Salleh berkata, siasatan menunjukkan kebocoran gas telah menyebabkan berlakunya letupan di rumah tersebut.

Advertisement

“Kesan letupan telah mengakibatkan kerosakan pada tingkap dan siling rumah itu selain mangsa mengalami melecur susulan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata walau bagaimanapun, pihak bomba tidak menerima maklumat lanjut berkenaan anggota badan mangsa yang tercedera.

“Orang ramai dinasihati agar periksa salur gas dengan menggunakan air sabun atau cabut palam gas sebelum keluar rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top