BM | EN | 中文

Wanita melecur di muka ketika cuba selamatkan kenderaan dari terbakar

kebakaran.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JAN : Seorang wanita melecur di bahagian muka ketika cuba menyelamatkan kenderaan miliknya daripada terbakar dalam kejadian di Persiaran Bumi Hijau, Kampung Melayu Pandan, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Timbalan Penguasa Bomba II Tahrin Saat yang juga merupakan Ketua Balai berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 1.44 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota, sebuah jentera serta sebuah kenderaan EMRS dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

Operasi pemadaman turut dibantu balai bantuan, BBP Tebrau dengan kekuatan keanggotaan seramai tujuh orang dengan sebuah jentera.

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) ditempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah gerai jenis separuh kekal telah musnah 85 peratus.

“Turut terbakar sebuah kereta jenis Proton Waja telah musnah 50 peratus. Pemadaman berjaya dikawal pada jam 2.5 pagi.

Advertisement

“Terdapat seorang mangsa perempuan dewasa berusia 27 Tahun melecur dibahagian muka ketika cuba mengalihkan kenderaan miliknya drpd terbakar,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail menggunakan jentera EMRS dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.32 pagi.

Johorkini

Advertisement
  1. Kebakaran berlaku di Persiaran Bumi Hijau, Kampung Melayu Pandan, awal pagi tadi.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top