BM | EN | 中文

Wanita maut terlibat kemalangan

IMG-20200201-WA0003.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 1 FEB: Seorang wanita maut selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Bindu, Tongkang Pechah, di sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Ishak Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.27 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi telah terlibat dalam kemalangan.

Advertisement

“Pemandu yang merupakan seorang wanita dewasa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.53 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top