BM | EN | 中文

WANITA MAUT, MOTOSIKAL YANG DITUNGGANG SUAMI TERBABAS

IMG-20191211-WA0049.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 11 DIS : Seorang pekerja pembersihan di Singapura maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas sebelum tercampak dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri di Kilometer 11, Lebuhraya Link Kedua Arah Selatan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.05 pagi itu, wanita berusia 40 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Manakala, suaminya berusia 41 tahun dan bekerja sebagai kerani yang menunggang motosikal berkenaan turut mengalami kecederaan apabila patah kaki kiri.

Advertisement

Selain motosikal Jenis Honda RS yang dinaiki kedua-dua mangsa, kemalangan itu turut melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Pemandu kereta berkenaan yang berusia 29 tahun turut mengalami kecederaan di bahagian dada dan muka.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang merupakan pembonceng motosikal  sedang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Tuas.

Advertisement

“Motosikal itu telah hilang kawalan dan terbabas serta tercampak melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri.

“Pada masa yang sama, datang kereta berkenaan dari arah belakang yang cuba mengelak daripada melanggar motosikal itu yang berada di atas jalan.

“Akibatnya, kereta berkenaan terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Dzulkhairi berkata, penunggang motosikal itu dan pemandu kereta telah dibawa untuk mendapatkan rawatan ke Hospital Sultanah Aminah Johor.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk proses bedah siasat.

“Punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian penuggang motosika yang gagal mengawal kenderaannya,” katanya lagi.

Advertisement

Tambahnya lagi, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top