SEGAMAT, 10 DIS : Seorang wanita berusia 47 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ke bahu jalan di Jalan Segamat – Kuantan, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Fuad Mohamad memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 12.50 tengah hari.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Perodua Kelisa telah terbabas ke bahu jalan.
“Mangsa, Sukinah Sidek kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” kata Fuad dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Fuad, operasi tersebut ditamatkan pada pukul 1.41 petang.
Johorkini