BM | EN | 中文

Wanita maut jatuh gaung ketika daki Bukit Banang, Batu Pahat

Wanita-maut-jatuh-gaung-ketika-daki-Bukit-Banang-Batu-Pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 14 NOV: Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam gaung, ketika mendaki di Bukit Banang, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian pada jam 11.34 pagi itu, mangsa Aina Nabilah Yusof, 20, terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 80 meter.

“Mangsa dipercayai melakukan aktiviti berbasikal, sebelum menyambung aktiviti mendaki sempena cuti umum Deepavali bersama seorang lagi rakannya.

Advertisement

“Ketika kejadian terdapat juga pendaki yang lain dan ternampak mangsa terjatuh, sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya, lapor BH Online.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayat dibawa naik pada jam 3.46 petang, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Seramai 16 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Pahat dan Penggaram dihantar ke tempat kejadian.

Advertisement

“Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 5.18 petang,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top