BM | EN | 中文

Wanita Malaysia cekal hadapi pelbagai cabaran – AWAN Johor

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

MUAR, 8 MAC: Wanita di negara ini mempunyai jiwa yang kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang menimpa mereka, kata Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok.

Beliau dalam perutusan Hari Wanita 2021 berkata, kekuatan mental dimiliki kaum hawa adalah bekalan utama selain mempunyai jiwa yang kental.

Ujarnya, wanita perlu menjadi lebih luar biasa dalam menghadapi situasi Covid 19 yang melanda negara hari ini.

Advertisement

“Ternyata wanita di negara ini hebat dan kental walaupun tidak disantun secara khusus oleh pihak kerajaan, namun mereka masih mampu berdiri dalam situasi hari ini.

“Bukan sahaja soal wabak Covid-19 yang mencengkam kesihatan tetapi juga melibatkan ekonomi dan sosial rumahtangga.

“Namun dalam keadaan sebegini, sokongan moral terhadap wanita perlu juga diberikan perhatian oleh pelbagai pihak,” ujarnya dalam perutusan tersebut.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Maharani berkata, kerajaan tidak boleh memandang ringan peranan wanita dalam membangunkan negara.

Tambahnya, golongan wanita perlu diberikan perhatian dalam institusi keluarga oleh kerajaan di negara ini.

“Kita juga mahu kerajaan memandang serius dalam memberikan maklumat serta bantuan dari segi psikolgi kepada golongan wanita.

Advertisement

“Kempen-kempen kesedaran berkenaan dengan peranan wanita perlu diterapkan. Kita tidak mahu wanita menjadi mangsa dalam pelbagai situasi terutama dera dan gangguan seksual.

“Apa yang kita lihat hari ini terdapat pelbagai isu menimpa kaum wanita seperti penderaan, penceraian dan sebagainya.

“Kerajaan perlu segera membincangkan isu ini serta melaksanakan langkah-langkah tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top