BM | EN | 中文

WANITA MAHU PASTIKAN CALON PH MENANG MAJORITI BESAR

zuraida-1.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV : Wanita Pakatan Harapan (PH) mahu pastikan calon Karmaine Sardini menang besar lebih dari majoriti 500 undian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, kali ini.

Ketua Wanita PH Nasional, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau mempunyai tanggapan positif terhadap kerusi Tanjung Piai.

“Dulu kita menang majoriti 500 undi sekarang kita nak pastikan menang lebih dari 500 kerana rekod baik ditunjukkan Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Advertisement

“Selain itu, kita sekarang adalah kerajaan yang memerintah. Disamping pertandingan enam penjuru yang kita lihat memberi kelebihan kepada PH untuk menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Wanita Pakatan Harapan (PH) dan Sukarelawan P156 Tanjung Piai, di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, jentera yang berkempen perlu mengingatkan kepada penduduk bahawa tokoh yang meninggalkan mereka adalah seorang anak muda yang rajin dan baik hati.

Advertisement

“Walaupun dalam masa singkat satu tahun lebih menjadi ahli parlimen di sini tetapi Allahyarham sangat berjasa di sini.

“Allahyarham telah menjalankan tugas seolah-olah sudah ada pengalaman walaupun baru pertama kali menjadi wakil rakyat. Insya-ALLAH rakyat Tanjung Piai akan beri sokongan kepada PH atas jasa arwah sebelum ini,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top