BM | EN | 中文

WANITA HARUS TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

cai-tung-3.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 OKT : Wanita sebagai sumber manusia yang mempunyai banyak potensi dan seharusnya turut terlibat dalam usaha membangun dan meningkatkan produktiviti masyarakat dalam pelbagai bidang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara, kerajaan berpendapat bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk.

Katanya, ini bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan.

Advertisement

“Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan anggaran wanita di negara ini pada 2018 adalah berjumlah 15.7 juta orang atau 48.5 peratus daripada keseluruhan penduduk seramai 32.4 juta orang.

“Dengan jumlah wanita yang menghampiri separuh daripada populasi negara, ini merupakan suatu potensi yang boleh kita gerakkan ke arah pembangunan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perbincangan Meja Bulat Pemetaan Kerangka Kerja Input Bagi Penyediaan Dasar Wanita Negara 2021-2025 di Rumah Alumni Universiti Teknologi Malaysia, di sini, hari ini.

Advertisement

Cai Tung yang merupakan Adun Johor Jaya berkata, dalam memacu Malaysia untuk mencapai status negara maju, golongan wanita harus mengorak langkah aktif.

“Ini bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang kukuh menuju ke persada yang lebih tinggi dan terhormat.

“Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama.

Advertisement

“Ini memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata, walaupun wanita negara ini telah mencapai banyak kejayaan dalam pelbagai bidang namun dengan adanya perubahan di peringkat global, wanita perlu dipertingkatkan pengupayaannya.

“Ini termasuklah dalam sektor ekonomi, sosial dan politik bagi memastikan wanita menikmati kehidupan yang berkualiti dan sejahtera terutamanya dari segi kesaksamaan gender,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top