BM | EN | 中文

Wanita hamil koma dipukul suami kini di bawah jagaan keluarga

Wanita-hamil-koma-dipukul-suami-kini-di-bawah-jagaan-keluarga.jpg
Advertisement

SEREMBAN, 18 JUN: Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan dekat sini.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memaklumkan Jahidah Nordin, 43, kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban atas permintaan keluarga selain mendapat nasihat daripada pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Fazariah ketika ditemui tengah hari tadi memaklumkan Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HSA namun dipindahkan ke HTJ atas permintaan keluarga dan nasihat pihak HSA,” menurut MAINS dalam kenyataan di laman Facebook semalam.

Advertisement

Kenyataan itu menyebut MAINS, melalui Unit Khidmat Kesihatan, memaklumkan agensi itu telah menghulurkan bantuan wang tunai sebagai permulaan dan mengambil beberapa maklumat lain bagi bantuan seterusnya.

Pada 17 Mei lepas, media melaporkan Jahidah, yang merupakan seorang penjawat awam dan bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dikejarkan ke HSA selepas dipercayai dicederakan suaminya.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Advertisement

Bagaimanapun, suami mangsa iaitu Rosmaini Abd Raof, 38, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, mengaku tidak bersalah mencederakan isteri ketiganya itu sehingga parah.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top