BM | EN | 中文

Wanita di Johor Bahru rugi RM309,311 ditipu ‘Phone Scam’

scam.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 MEI: Seorang wanita tempatan berputih mata apabila kerugian RM309,311 selepas terjerat dengan sindiket Phone Scam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata wanita berusia 55 tahun itu mendakwa ditipu individu yang menghubunginya dengan menyamar sebagai pegawai dari agensi kerajaan.

Katanya, suspek memberitahu terdapat syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa menjalankan kegiatan pengubahan wang haram.

Advertisement

“Mangsa kemudiannya diminta memuat turun satu aplikasi bank dan mengisi segala maklumat akaun banknya di dalam aplikasi yang diberikan sindiket itu.

“Selepas mengisi maklumat akaun bank, mangsa mendapati terdapat pemindahan wang secara berperingkat daripada akaun banknya sejak 2 hingga 5 April lalu ke empat akaun bank berlainan, sebelum berasa dirinya ditipu dan membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan jam 4.07 petang semalam,” katanya, lapor Berita Harian.

Mohd Padzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih 10 tahun atau boleh dikenakan denda dan sebatan.

Advertisement

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top