BM | EN | 中文

Wanita bersalin sendirian di HSI tak patut berlaku lagi – TMJ

tunku-ismail-TMJ.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OGOS: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan, kejadian seorang wanita bersalin secara bersendirian didakwa di sebuah hospital tidak patut berlaku lagi.

Tunku Ismail dalam ciapan di akaun Twitter baginda bertitah, peringatan dan amaran akan diberikan kepada pihak terlibat agar menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pesakit.

“Saya telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan melihat kenyataan jabatan itu.

Advertisement

“Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin. Perkara-perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi,” menurut ciapan baginda di laman Twitter Khamis lalu.

Ciapan itu susulan perkongsian warganet mengenai insiden wanita berkenaan bersalin sendirian kepada baginda di laman Twitter.

Terdahulu, JKN Johor dilapor akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang ibu yang bersalin seorang diri di dewan bersalin HSI, di sini, bulan lalu yang tular.

Advertisement

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, berkata, secara keseluruhannya aduan itu adalah berasas dan JKNK akan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan.

Selasa lalu tular di media sosial, dakwaan seorang wanita membuat hantaran di Facebook miliknya mendakwa bahawa dia terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif Covid-19 setelah panggilannya untuk meminta bantuan kakitangan hospital tidak dilayan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top