BM | EN | 中文

WANITA BERPANTANG REDAH AIR BANJIR PARAS PINGGANG

IMG-20191218-WA0000.jpg

KOTA TINGGI, 18 DIS : Seorang wanita yang sedang berpantang selepas keguguran anak ketujuhnya terpaksa meredah air banjir paras pinggang untuk menyelamatkan diri dalam kejadian banjir yang berlaku di daerah ini.

Noridah Khamis, 41 berkata, dia yang menetap di Taman Aman tiada pilihan melainkan terpaksa meredah air deras bersama anak-anaknya sambil dibantu lima orang yang lain.

“Saya keguguran ketika kandungan berusia lima bulan kerana bayi meninggal di dalam perut dan baru sahaja dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Ketika banjir berlaku air naik dengan terlalu mendadak saya terpaksa meredah sahaja air banjir untuk menyelamatkan diri.

“Alhamdulillah, berpantang di sini tidak ada masalah. Hendak diikutkan di sini (PPS) lebih selesa sebab ada doktor tak perlu saya ke klinik di sini kelengkapan ubat semua ada,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kolej Vokasional, di sini, semalam

Ibu kepada enam orang anak itu berkata, dia yang berniaga goreng pisang di taman tempat tinggalnya mendapat perhatian sebaiknya di PPS itu ekoran keadaan dirinya yang sedang berpantang.

Tambahan pula katanya, para sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) yang membantu di PPS itu sudah terdiri dari rakan-rakan yang dikenalinya.

“Sukarelawan orang-orang taman jadi mereka tahu keadaan kesihatan saya. Kalau jalan hendak ke tandas mereka akan bantu pimpin tangan. Mereka juga sering berpesan kepada saya agar berhati-hati apabila berjalan,”katanya lagi.

JohorKini difahamkan PPS yang menempatkan Noridah telah ditutup petang semalam dan wanita tersebut telah pulang ke kediamannya.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top