BM | EN | 中文

Wanita Amanah Pulai terima 100 keahlian baru

AWAN-Pulai-terima-100-ahli-baru.jpg

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) menerima 100 borang keahlian baru yang diserahkan kepada Datin Seri Fatimah Taha ketika perasmian Mesyuarat Tahunan AWAN kawasan Pulai, Sabtu lalu.

Menurut Ketua AWAN Pulai, Fatimah Ali penyerahan borang keahlian baru ini membuktikan bahawa AWAN di Pulai kini menjadi pemangkin dalam gerak kerja untuk mendepani isu-isu yang berkaitan dengan hal-hal kewanitaan.

“Amanah dilihat semakin ke depan dalam usaha memartabatkan wanita di kawasan ini. Gabungan gerak kerja dari pihak parti dan Pusat Khidmat Parlimen Pulai telah mendatangkan hasil yang baik kepada sokongan rakyat di kawasan ini.

“Kita bersedia untuk menerima lebih banyak lagi kemasukkan ahli baru di kawasan ini seiring dengan perjuangan AWAN Pulai untuk memartabatkan kaum wanita di sini.

Ketua AWAN Pulai Fatimah Ali (kanan) menyerahkan borang keahlian AWAN kepada Datin Seri Fatimah Taha (kiri)

“Dijangka penyerahan borang akan diserahkan lagi kepada kita dalam usaha mereka (wanita) di kawasan Pulai yang mula meletakkan kepercayaan kepada pimpinan AWAN di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua AWAN Johor, Nor Hayati Bachok ketika dihubungi berkata beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas usaha untuk mencari ahli baru di kawasan Pulai.

Tambahnya, ini adalah perkembangan yang positif dalam usaha AWAN untuk terus membawa suara rakyat khususnya wanita di negeri ini.

“Syabas kepada AWAN Pulai. Ini merupakan pemangkin untuk AWAN terus bergerak memacu penyelesaian masalah dihadapi khususnya bagi kaum wanita.

“Kita di Johor juga telah menerima permohonan yang banyak untuk menyertai parti Amanah dan rata-ratanya dari kaum wanita untuk bersama-sama dalam usaha memartabatkan kaum wanita di negeri ini.

“AWAN akan terus berusaha mencari lagi ahli-ahli baru dalam gerak kerja politik serta berusaha untuk terus memperjuangkan nasib rakyat di negeri ini,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top