BM | EN | 中文

Wan Ahmad Fayhsal ketua baru Armada Bersatu

Wan-Ahmad-Fayhsal.jpg

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dipilih sebagai ketua Pemuda Bersatu (Armada) YANG BARU.

Dia menewaskan pesaing tunggal Muzzammil Ismail yang merupakan exco Armada dalam pemilihan semalam.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Syed Hamid Albar dalam kenyataan semalam.

Naib Ketua Armada pula dimenangi Ceasar Mandela Malakun yang menewaskan empat calon lain, iaitu Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Anas Akashah Nazri, Adam Asmuni dan Muhammad Syafiq A Aziz.

Wan Fayhsal dalam kenyataan di laman Facebook menyuarakan penghargaannya dan berkata akan melakukan yang terbaik buat sayap pemuda Bersatu itu.

“Terima kasih sahabat-sahabat semua. Kita akan terus menggembleng tenaga – bagi membina Malaysia yang lebih baik, insya-Allah.

“Semoga semua kita terus ikhlas dan istiqamah bagi menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Kepimpinan adalah amanah,” katanya.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top