BM | EN | 中文

Harga cecah RM10,000 sekilo, Malaysia mahu eksport sarang burung walit pula ke China

Advertisement

PONTIAN, 27 JUL: Dengan harga jualan mencecah RM10,000 bagi setiap kilogram, tidak mengejutkan mengapa kerajaan Malaysia sedang berunding dengan China bagi mengeksport sarang burung walit ke negara tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata sarang burung walit merupakan salah satu produk, selain nangka madu, yang sedang dibincangkan dengan China untuk dieksport ke negara tersebut.

Menurutnya lagi, sarang walit mentah tanpa dibersihkan mampu dijual antara RM3,000 hingga RM4,000 sekilo di pasaran China manakala sarang walit mentah bersih antara RM8,000 hingga RM10,000.

Advertisement

“Kita (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) sedang bincang supaya kita boleh eksport lebih banyak sarang burung walit mentah bersih supaya kita boleh pastikan pemain (industri) dapat harga yang agak baik. Akhirnya, saya mahu pengusaha tempatan dapat pulangan lumayan,”
kata Salahuddin.

Ahli Parlimen Pulai tersebut berkata demikian selepas merasmikan Ekspo Tani Johor dan Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc negeri Johor di Dataran Pontian, awal hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi, Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Datuk Abdul Malik Abul Kassim, dan Adun Pulai Sebatang, Taqiuddin Cheman.

Advertisement

Salahuddin juga berkata kementeriannya kini sedang dalam proses menyiapkan beberapa prosedur dan protokol eksport kedua-kedua produk berkenaan.

“Saya telah melihat beberapa potensi seperti durian sejuk beku yang dapat dieskport (ke China) secara sebiji di samping pulp dan pes dan juga nanas MD2 yang dapat tembusi pasaran China dan Timur Tengah,” katanya lagi, merujuk kepada sambutan menggalakkan yang diterima Musang King sejuk beku dan nanas MD2 di China.

Sementara itu, Salahuddin berkata Johor akan menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019.

Advertisement

Sambutan yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 29 Nov ini di Padang Angsana Mall Johor Bahru, dijangka akan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: Bernama

Advertisement

Share this post

Tien Nguyen

Tien Nguyen

I am a web developer who is working as a freelancer. I am living in Saigon, a crowded city of Vietnam. I am promoting for http://sneeit.com

1 Reply to “Harga cecah RM10,000 sekilo, Malaysia mahu eksport sarang burung walit pula ke China”

  1. Wow, that’s very cool earning

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top