BM | EN | 中文

Walaupun tanpa sijil SSM, Selangor sedia pinjaman hingga RM5,000 untuk mula perniagaan kecil

Yayasan-Hijrah-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 17 JAN: Kerajaan negeri Selangor menyediakan pinjaman sehingga RM5,000 bagi membantu penduduk di negeri itu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata inisiatif dikenali Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) itu tidak memerlukan pemohon mengemukakan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Pandemik Covid-19 amat memberi kesan terhadap sumber kelangsungan hidup.

Advertisement

“Bagi membantu peniaga kecil dan penjaja yang baru menceburi bidang keusahawanan, kerajaan negeri memperkenalkan skim yang menawarkan pinjaman RM1,000 hingga RM5,000,” kata Rodziah Ismail, lapor SelangorKini.

Tambah beliau lagi, permohonan boleh dibuat di cawangan pejabat Yayasan Hijrah Selangor, namun disaran membuat temujanji sebelum hadir ke pejabat.

Menurutnya, syarat kelayakan ialah pemohon mesti seorang warganegara dan telah menetap di Selangor tidak kurang lima tahun.

Advertisement

“Dokumen diperlukan ialah dua keping gambar pasport serta salinan kad pengenalan dan penyata bank,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top