BM | EN | 中文

Walaupun penyokong kuat BN, Aminolhuda gigih bantu

Walaupun-penyokong-kuat-BN-Aminolhuda-gigih-membantu-2.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 7 MEI: Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat, Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan tidak memilih golongan yang sepatutnya mendapatkan perhatian untuk dibantu di kawasannya.

Dalam lawatan beliau untuk membantu menggantikan anjung yang usang, membina lantai anjung serta membangunkan semula tandas yang uzur, Aminolhuda bersama pasukannya dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Parit Yaani membantu seorang penduduk, Rahim Puniran.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu ketika ditemui di lokasi rumah tersebut berkata, beliau berterima kasih kepada mereka yang sama-sama membantu serta menyumbang tenaga melakukan kerja-kerja amal berkenaan.

Advertisement

“Alhamdulillah kita berjaya membantu membaiki keperluan di rumah milik Rahim Puniran dengan harapan agar beliau hidup dalam keadaan yang lebih tenteram lagi selepas ini.

“Sebagai wakil rakyat di sini, saya akan berusaha sehabis mungkin untuk memastikan penduduk di Dun Parit Yaani ini berada dalam keadaan yang baik serta mendapat santunan dari pelbagai pihak.

“Kita tidak mengira latar belakang mereka siapa dan apa yang penting adalah kebajikan atau servis yang kita harus jalankan kepada mereka kerana ia adalah amanah kita,” ujarnya.

Advertisement

Manakala dalam masa yang sama, Rahim Puniran, 64, bersyukur dengan perhatian yang diberikan oleh Aminolhuda terhadap nasib yang dialami oleh keluarganya.

“Alhamdulillah, sekarang kami sekeluarga boleh hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan cantik. Kami tidak perlu lagi risau dengan keadaan tandas dan anjung yang buruk.

“Saya bersyukur sangat kerana ada YB yang prihatin dengan nasib kami sekeluarga. Sebelum ini YB ada juga menghantar bantuan kepada keluarga kami dan beliau berjanji akan mencari kos untuk membaiki rumah kami.

Advertisement

“Bersyukur tak terhingga apabila YB sanggup datang tak sampai sebulan untuk menunaikan janjinya dengan membaiki rumah kami.

“Saya tak tahu bagaimana mahu berterima kasih dengan YB yang banyak membantu kami di sini,” jelasnya dalam keadaan sebak kepada media.

Menurut Aminolhuda, dana hampir RM 10,000 bagi membaik pulih rumah berkenaan berjaya dikumpul berserta sumbangan dari pelbagai pihak.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top